Nadi Mahir (Sls) Coaster Fabrik HANDMADE
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2026, telah diadakan Kelas NADI Mahir SLS iaitu “Coaster Fabrik Handmade” di NADI Felda Pasoh 2. Sesi SLS ini berlangsung dari jam 12.05 tengah hari hingga 12.50 tengah hari.
Sesi SLS ini bertujuan memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk belajar di NADI. Pembelajaran adalah secara atas talian melalui saluran youtube NADI Mahir. Peserta mempelajari cara menghasilkan coaster fabrik yang menarik dan kemas. Pembelajaran merangkumi keseluruhan proses bermula daripada menanda, menggunting, sehingga menjahit coaster dengan teknik yang betul. Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan idea kreatif serta potensi untuk menjadikan produk ini sebagai peluang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: